Sambil dihembus angin selat melaka, aku minum neslo ais yang baru order. Sesekali terhidu bau asap Dunhill merah yang menusuk hidung. Nope. Aku tak hisap rokok, just jadi secondary smoker asap rokok meja sebelah. Banyak sangat benda difikirkan dalam kepala. Kawan jadi tempat luahan perasaan. Kisah hidup, belajar dan cinta diceritakan. Cinta is the last topic yg dibincangkan sebab dua2 masih single, tak diketahui mane hilang tulang rusuk ini. Masih banyak lagi hendak selesaikan. Cari kerja, nak bayar duit ptptu, bill itulah, bill inilah. Semuanye mengusutkan fikiran. Gadis2 yang tak berape lawa masih di'usha' ketika lalu disebelah. Itulah yang termampu, usha atau melihat sahaja. Nak ditegur tapi lutut masih goyang. Takut ditanya berapa ade duit EPF. Dibiarkan mereka berlalu.
Malam terus menjengah pagi hari, orang masih datang dan pergi mengisi perut yang bekeroncong. Aku bayar duit air, menyapa tuan kedai dan kawan serta beberapa abang kawasan. Start enjin, terus menuju rumah. Radio di pasang kuat untuk hilangkan mengantok. Lagu zaman skola menengah berdendang. Suare serak2 Wes Scantlin terus mengimbau memory zaman-zaman baru naik. Tertanye juga tentang dia yang pernah lepak kat hati aku. Macam mane la die sekarang kan?? Ahhh..Persetan kan itu semua. Mungkin dah kawen dan mempunyai anak. Biarkan aku yang terus solo, mengharapkan jangan ada yang berani ketuk pintu hati (ini terlebih jiwang) aku kalo taknak masuk.
ok.bai.
3 comments:
Biarkan aku yang terus solo, mengharapkan jangan ada yang berani ketuk pintu hati (ini terlebih jiwang) aku kalo taknak masuk.
ecehh. hahaha. meh seorang sahabat nak bagi kata2 mutiara ckit. jika ada yang berani ketuk pun, tapi tuan punya pintu duk tunggu orang lain dekat pintu belakang, macam mana orang yang ketuk pintu depan tu nak masuk kan? hahaha. renung renungkan dan selamat beramal!
hahaha..x faham sgt la ko cite ape ni?? terangkan lagi..
bace banyak kali ok! hahaha.
Post a Comment